| Angan-angan Anwar |
|
|
|
| Wednesday, 14 May 2008 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sebenarnya semua ini hanyalah mainan Anwar Ibrahim untuk membuka kaunter bagi membeli mereka yang sanggup menggadaikan perjuangan asal mereka untuk menyertai Pakatan Palsu Rakyat dan sekiranya mereka ini menyeberang adakah mereka ini benar-benar telus dalam perjuangan. Adakah mereka faham idealisme yang di bawah oleh Pakatan Palsu Rakyat atau mereka ini mempunyai kepentingan sendiri setelah dilantik oleh rakyat. Dalam isu ini bukan sahaja Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai malah sekiranya ada antara kita yang berunding untuk menggadai tempat yang diwakili maka orang seperti ini tidak kekal menjadi wakil rakyat tetapi kelak akan hanya dilabel sebagai pengkhianat dalam politik. Hari ini, ura-ura akan berlakunya perpindahan kuasa hanya khayalan Pakatan Palsu Rakyat. Mendabik dada mengatakan bahawa mereka akan memerintah hanya tidak lebih sebagai satu penipuan Anwar Ibrahim. Setakat ini tidak ada yang menyeberang dan tidak akan ada transformasi kuasa yang mampu dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Pakatan Palsu Rakyat kini amat terdesak. Mereka tahu rakyat sudah mula mempersoalkan janji-janji pilihan raya yang di buat oleh Pakatan Palsu Rakyat. Mereka tahu janji yang ditaburkan hanya untuk pilihan raya dan janji kosong ini adalah sama dengan hujah-hujah penipuan mereka untuk mendapatkan kuasa. Ini politik mereka dan rakyat sudah mulai sedar kebenaran dalam perjuangan hanya ada pada Barisan Nasional dan bukan Parti Palsu Rakyat. Tindakan mereka dalam isu akan membentuk kerajaan hanya satu gimik palsu yang tidak akan menguntungkan rakyat kecuali menguntungkan diri sendiri. Pakatan Palsu Rakyat sebenarnya hanya tahu melontar janji dan membesar isu yang kecil tetapi hari ini tidak kelihatan perubahan ketara dalam masa mereka mentadbir 5 buah negeri. Rakyat seharusnya sedar akan manipulatif politik yang digunakan oleh Anwar Ibrahim. Selain bertindak kononnya Pakatan Palsu Rakyat adalah alternatif terbaik, selain dari mengecam bahawa UMNO rasis dalam kewujudannya dan isu konon-kononnya mereka lebih demokratik, Pakatan Palsu Rakyat hanya mahu melakukan pembohongan untuk Anwar Ibrahim. Manipulasi ini tidak akan menguntungkan rakyat khususnya Melayu apabila Pakatan Palsu Rakyat mempersoalkan hak keistimewaan dan kekurangan pengisian terma Demokrasi yang menjadi tebu di pinggir mulut. Akhirnya kerugian adalah pada rakyat Malaysia kerana bagi Anwar Ibrahim, beliau menghalalkan apa juga cara untuk menyempurnakan matlamat diri. gambar Anwar Ibrahim dari : http://www.portraitworkshop.com
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| < Prev | Next > |
|---|

Editor Utama
MohdRafi@Eman Jr.
Mobile: +6.012 6882 089
Hantar Email
Makluman penting
www.malaysia-hariini.com sedang menjalankan proses peningkatan taraf khususnya
dalam aspek keselamatan serta pengubahsuaian bagi memudahkan capaian. Buat sementara
waktu akan ada fungsi-fungsi laman ini yang tidak beroperasi dengan baik.
Kami akan maklumkan kepada pelayar sebaik sahaja proses ini selesai. Kami mengucapkan ribuan terima
kasih atas kerjasama dan saranan yang kami terima.
Anwar pilih UMNO bukan PAS klik sini
Anwar sokong Inter Faith klik sini
Anwar pejuang? klik sini
Anwar Ibrahim guna duit Magnum klik sini

Anuar Mohd Nor
Institut Kajian Asas Kemasyarakatan
Mobile: +6.012 6544762
Email
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
ARTIKEL PILIHAN
Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu
Nazree Mohd Yunus
Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda (Inska)
Email:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Pasca Pilihanraya : Arus Baru Politik
KETUANAN POLITIK MELAYU : ANTARA UMNO ATAU PAS YANG MENJADI TERAJU
Tun Mahathir : Menghapus dosa atau Menutup Dosa?
PENULIS UNDANGAN
Mj Malek
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
N.Liza
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam bersemuka dengan media bagi membuktikan beliau tidak nazak atau lumpuh selepas membuat pembedahan pintasan koronari jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya hasrat pembangkang mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini, seperti yang heboh dicanangkan menerusi SMS semalam, tidak akan berlaku.
Ekoran ulasannya yang terdapat di lamanweb Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad, kata Menteri Dalam Negeri.
Polis menyangkal dakwaan doktor Hospital Pusrawi, yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful, bahawa pegawai perubatan itu ditekan semasa memberi keterangan.
Berhubung penyebaran berita palsu menerusi SMS mengenai kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar daripada BN.