
TIDAK lama lagi nampaknya Kapar, Kelang akan menghadapi pilihan raya kecil apabila ahli parlimennya, S. Manikavasagam telah diasak untuk meletak jawatan dengan pelbagai tuduhan termasuk dituduh sudah ‘dibeli’ oleh BN atas isu terminal bas baru di Kelang.
Manikavasagam yang menang atas tiket PKR mungkin lemas dengan keadaan dalaman PKR yang tidak henti-henti dengan masalah sesama mereka. Keadaan goyah antara PAS dan DAP sebagai anggota Pakatan Rakyat pun tidak menjamin pakatan itu boleh bertahan lama.
Lebih lagi tindakan dalam menyusun semula kepimpinan PKR di semua negeri melibatkan pelucutan 7 orang pemimpin telah menimbulkan banyak masalah dalam PKR.

















